2 Januari 2024
Kuching – Tiada sebarang penemuan mayat atau rangka manusia di dalam perut buaya yang ditangkap pada jam 10.30 malam (1 Januari 2024) di Lorong 2C Samariang Aman.
Proses bedah siasat oleh pakar dari Sarawak Forestry Corporation (SFC) hari ini telah menemui plastik sampah, sampah sarap dan sisa haiwan termasuk ayam yang digunakan sebagai umpan di dalam perut buaya jantan yang dianggar sepanjang berukuran 11 kaki dan anggaran seberat 250 kg.
Sehubungan dengan itu, sekali lagi pihak SFC menyeru semua komuniti yang tinggal berhampiran dengan sungai, agar tidak lagi menjadikan sungai tempat membuang sampah kerana akan mengundang sang buaya ke kawasan-kawasan tersebut.
———————
#SFC is the custodian of #nationalparks and #wildlife in #sarawak
Follow the SFC channel on WhatsApp: https://whatsapp.com/channel/0029Va6VyL2FSAt5ArYIsB2T
Visit us at www.sarawakforestry.com