MAJLIS PELANCARAN PROJEK RAKYAT ‘SARAWAK REEF BALL’ FASA 2’ DI PERAIRAN LAUT PULAU SATANG 

2 Mei 2024

Kuching – Yang Berhormat Datuk Haji Len Talif Salleh, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah Dan Alam Sekitar Sarawak telah melancarkan Projek Rakyat ‘Sarawak Reef Ball Fasa 2’ yang bernilai RM30 juta. Pada 20 April 2023, YAB Premier Sarawak yang juga merupakan Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Alam telah bersetuju untuk Projek Tukun Tiruan Sarawak Fasa II dilaksanakan selama lima (5) tahun (2023-2025) dengan jumlah belanjawan sebanyak RM 30 juta berikutan kejayaan Projek Rakyat ‘Sarawak’s Reefball Fasa 1’. 

Menurut Yang Berhormat Datuk, Projek Rakyat ‘Sarawak Reef Ball’ Fasa 2 ini, bertujuan untuk meningkatkan sosio-ekonomi penduduk Sarawak. Ianya serta akan memberikan impak yang besar kepada sektor perikanan dan pelancongan. Ini selaras dengan objektif Strategi Pembangunan Pasca-Covid-19 Sarawak (PCDS) 2030, yang merangkumi kemakmuran ekonomi, inklusiviti sosial dan kelestarian alam sekitar. 

Projek ini melibatkan 5,000 Tukun Tiruan yang dilabuhkan di dalam 100 kluster, dengan setiap kluster mengandungi 50 unit. Kluster terdiri daripada 82 unjam atau peranti pengumpul ikan (Fish aggregating device), Sembilan (9) tapak Selam Skuba dan Sembilan (9) tapak projek perintis marikultur karang. 

Fungsi utama Tukun Tiruan adalah untuk melindungi dasar laut, dimana ianya menjadi tempat perlindungan yang selamat untuk kehidupan marin. Rekabentuk Tukun Tiruan dan kawasan sekitar Tukun Tiruan juga menggalakkan kehidupan marin untuk menetap di dalamnya. Secara keseluruhan ini akan meningkatkan kehidupan marin secara signifikan terutamanya sumber perikanan. 

Survei tinjauan awal dan rakaman video menunjukkan yang dibuat oleh SFC kehidupan marin seperti ikan, hydrozoan dan gorgonian telah menghuni Tukun Tiruan yang dilabuhkan sebelum ini. Terdapat juga maklum balas yang menggalakkan tentang peningkatan tangkapan dari komuniti tempatan yang tinggal berhampiran dengan tapak di mana Tukun Tiruan ditempatkan. Kajian impak projek skala penuh (survei komuniti dan penilaian biodiversiti marin) akan dimulakan setelah semua tukun dilabuhkan. 

Projek ini juga telah meningkatkan kecekapan SFC dalam mengurus ekosistem marin, spesies yang terancam, kawasan perlindungan marin, dan sumber marin lain di Wilayah Sarawak. 

Sarawak kini dikenali sebagai negeri yang dinamik yang mempromosikan pendekatan holistik dalam pengurusan dan pemeliharaan kepelbagaian marin dan alam sekitar melalui Projek Rakyat ‘Sarawak Reefball’. Pada 10 Julai 2023, Kerajaan Sarawak mendapat pengiktirafan antarabangsa daripada Yayasan Tukun Bebola USA atas pencapaian luar biasa Sarawak dengan wujudnya Terumbu Karang Buatan terpanjang di dunia sepanjang 746 km di sepanjang perairan pantai Sarawak dari Tanjung Datu hingga Lawas. 

Turut hadir di upacara tersebut adalah Yang Berusaha Tuan Abang Arabi Bin Abang Aimran, Ketua Pegawai Eksekutif, SFC serta pegawai-pegawai kanan SFC dan ketua-ketua Jabatan daripada agensi-agensi yang berkaitan dan komuniti setempat daripada kawasan Telaga Air dan berhampiran. 

Add Comment