MALAM ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) DAN SEKALUNG BUDI, TAUTAN KASIH 2023

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sarawak Maju Makmur, Yang Berhormat Datuk Amar, Tuan-tuan, Puan-puan sekalian, Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah SWT diatas rahmat dan kasih sayangNya mengizinkan kita untuk sama-sama berada di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Sekalung Budi, Tautan Kasih 2023 pada malam ini.

Saya merakamkan penghargaan dan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berhormat Datuk Amar kerana meluangkan masa berharga beliau untuk hadir ke majlis malam ini walaupun beliau mempunyai jadual yang sibuk dan padat.

Dikesempatan ini juga, saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada seluruh jawatankuasa yang bertungkus lumus dalam merealisasikan majlis pada malam ini kerana sudah 2 tahun kita tidak ada membuat sebarang majlis seperti ini kerana dilanda pandemik Covid19. Semoga usaha dan kerjasama yang diberikan oleh semua jawatankuasa akan mendapat ganjaran sewajarnya dari Allah SWT.

Majlis pada malam ini amat bermakna sekali kerana bersama-sama kita pada malam ini adalah warga-warga Sarawak Forestry Corporation yang hebat yang telah berusaha dan tidak jemu memberikan sokongan dalam membantu membangunkan SFC sehingga ke tahap dikenali dunia hari ini.

 Pencapaian-pencapaian ini adalah hasil usaha warga-warga SFC yang telah bekerja tanpa mengira waktu, pangkat dan sebagainya.

Komitmen yang telah anda semua tunjukkan adalah selaras dengan SCS ‘6 Shared Values’ iaitu Integrity, Kind and Caring, Professionalism, Sense of Urgency and Ownership, Team Spirit dan Result Oriented iaitu bersamaan dengan ‘I CARE’ values (SFC) yang sudah sangat senonim dengan kita semua sebelum ini.

Saya amat berbangga sekali dan berharap tuan-tuan & puan-puan sekalian terus mengekalkan momentum ini sepanjang anda masih berkhidmat sebagai Perkhidmatan Awam Sarawak khususnya di SFC.

Di samping meraikan kecemerlangan warga SFC yang seramai 55 orang pada tahun ini, kita juga tidak lupa dengan khidmat bakti warga SFC yang telah bersara daripada tahun 2020 iaitu seramai 70 orang termasuk 14 orang pada tahun ini. Khidmat bakti mereka amat berharga, dan pastinya telah menyumbang kearah pencapaian SFC ke tahap yang membanggakan.

Untuk pengetahuan semua, kebanyakkan warga SFC adalah mereka yang dahulunya berkhidmat di Jabatan Hutan Sarawak dan SFCSB. Oleh yang demikian, cabaran untuk SFC pada masa ini adalah jurang perbezaan umur yang amat ketara terutama bagi pegawai-pegawai yang telah senior. Berdasarkan statistik yang sedia ada, 28% warga SFC telah berumur 50 tahun dan keatas. Walaubagaimanapun untuk menangani keperluan ini, SFC telah menyediakan satu ‘succession plan’ yang komprehensif.

Semenjak tahun 2020, selepas SFC diamanahkan untuk menguatkuasakan 2 ordinan iaitu National Parks and Nature Reserves Ordinance, 1998 dan Wild Life Protection Ordinance, 1998. SFC telah mengfokuskan kepada 4 teras strategic iaitu Conservation, Rural Transformation, Eco-Tourism & Revenue. Justeru, apabila Kerajaan Sarawak memperkenalkan PCDS 2030, SFC tidak menghadapi kesukaran untuk mencapai aspirasi yang Kerajaan Sarawak sasarkan kerana ianya selari dengan 4 teras tersebut.

Saya ingin berkongsi pencapaian-pencapaian SFC kepada semua hadirin sekalian.

Pencapaian SFC 2020-2023, Kerajaan Sarawak mensasarkan kawasan daratan seluas 1 juta hektar sebagai Kawasan Terlindung Sepenuhnya menjelang 2025 selaras dengan Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2016 hingga 2025.

67 Kawasan Terlindung Sepenuhnya atau Totally Protected Areas (TPAs) telah diwartakan dan dikawal selia oleh SFC dengan jumlah keseluruhan kawasan seluas lebih kurang 2.12 juta hektar. Kawasan Terlindung Sepenuhnya ini merangkumi kawasan marin seluas lebih kurang 1.24 juta hektar (< Selangor & Ng Sembilan dirangkumkan) dan kawasan daratan seluas lebih kurang 872 ribu hektar (< Singapore & Selangor dirangkumkan).

Untuk makluman, sehingga Oktober 2023, sebanyak 88,000 anak pokok telah ditanam dikawasan seluas 85 hektar di dalam Kawasan Terlindung Sepenuhnya di bawah Projek ‘Rewilding’ iaitu di Samunsam Wildlife Sanctuary, Samajaya NR, Similajau NP, Tun Ahmad Zaidi NR, Piasau NR, Bukit Lima NR dan Kuching Wetland NP.

Kerajaan Sarawak juga, melalui SFC dan JMS telah mencalonkan Taman Negara Niah sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Perkembangan terkini adalah seperti berikut:

1. Pada 31 Januari 2023, dossier telah dihantar dan diterima oleh pihak UNESCO.

2. Penilaian tapak oleh penilai dari ICOMOS telah dibuat dari 29 September sehingga 5 October 2023. Penilai secara keseluruhannya berpuas-hati dan tidak banyak isu yang dibangkitkan.

3. Pada 25 November 2023, pemeriksaan meja bulat telah dilakukan oleh 21 orang pakar daripada ICOMOS yang telah berlangsung di Paris. Malaysia telah menghantar 4 orang pakar teknikal yang terdiri daripada pegawai-pegawai daripada Jabatan Warisan Negara Malaysia, SFC dan JMS. Delegasi Malaysia telah diketuai oleh Tuan Abg Arabi Abg Aimran, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif I SFC. Secara keseluruhannya adalah positif dan penerangan oral telah diterima. Namun beberapa jawapan bertulis hendaklah dikemukakan sebelum 31 Januari 2024.

InsyaAllah, jika tiada aral melintang, pengiktirafan akan diketahui pada bulan Julai 2024.

Manakala dari tahun 2020 sehingga Oktober 2023, SFC merekodkan sejumlah 419 kes kesalahan berkaitan kawasan Terlindung Sepenuhnya dan hidupan liar. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 48 kes telah didakwa di mahkamah, manakala sebanyak 178 kes telah dikompaun dan baki 193 kes lagi masih dalam pelbagai peringkat siasatan.

Semenjak tahun 2020, SFC telah dianugerahkan dengan beberapa kejayaan iaitu:

1. World Excellence Tourism Awards 2020, ITB Berlin, Germany for Best Sustainable Tourism Program for Semenggoh Wildlife Centre

2. Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA) 2022-2025 for Gunong Mulu NP (Gold) and Lambir Hills NP (Silver)

3. Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak 2022 (Bronze)

4. World’s Longest Reef Ball Barrier Reef 746km by Reef Ball Foundation USA

5. Gold Award preferred Tourism Destination National Park for Gunong Mulu National Park by Malaysia Tourism Council

6. Pensijilan ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti

Pengiktirafan ini juga merupakan satu penghargaan terhadap usaha dan kesungguhan Kerajaan Sarawak di dalam mengurus sumber biodiversiti serta ekosistem marin secara holistik dan mampan.

 RIMBA Sarawak (Research for Intensified Management of Bio-Rich Areas) adalah program penyelidikan yang dijalankan oleh SFC yang mensasarkan pemeliharaan, perlindungan dan pengurusan sumber biodiversiti secara mampan. Pada masa yang sama, RIMBA Sarawak juga menjadi platform antarabangsa di dalam pertukaran pengetahuan, kepakaran dan teknologi di dalam pemeliharaan biodiversiti serta penyelidikan saintifik. Sehingga kini, program ini telah berjaya menemui rekod baru iaitu 17 spesis baharu yang terdiri daripada lapan spesis pokok Begonia, tiga spesis serangga, satu spesis reptilia, satu spesis burung dan empat spesis ketam.

Sehubungan dengan itu, SFC telah memeteraikan MOU dengan institusi-institusi tempatan dan antarabangsa untuk terus bekerjasama di dalam program konservasi dan penyelidikan. Antaranya adalah:

1. Royal Botanic Garden Edinburg, Scotland

2. Smithsonian Institution, USA

3. Hornbill Research Foundation, Thailand

4. Japan Research Consortium for Tropical Forest, Japan

5. Singapore Botanic Garden, Singapore

6. Wildlife Conservation Society Malaysia

7. UNIMAS

8. Swinburne University

9. Curtin University

10. Universiti Malaysia Trengganu

11. Sunway University

Untuk makluman sejak 2020, seramai 13 orang warga SFC telah dengan jayanya memperolehi Ijazah Sarjana dari UNIMAS dan 7 orang sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah (PHD) di dalam bidang yang berkaitan dengan konservasi dan biodiversity di Universiti di Jepun dan tempatan.

SFC juga telah menyertai delegasi Malaysia ke 26th Meeting of Plant Committee dan 32nd Meeting of Animal Committee, Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES) di Ibupejabat CITES, Geneva.

Beberapa orang pegawai Penguatkuasa SFC juga telah dihantar untuk menyertai kursus yang berkaitan dengan penguatkuasaan membanteras penjualan hidupan liar terlindung dan bekerjasama dengan Fish & Wildlife Dept USA, PULAPOL, PERHILITAN, US Embassy dan Sabah Wildlife Department. Jumlah-jumlah pegawai[1]pegawai tersebut adalah:

· 90 orang telah menjalani Kursus di PULAPOL daripada tahun 2019 – 2023

· 2 orang di Wildlife Service (USFWS) International Conservation Chief Academy (ICCA), West Virginia · 5 orang di Bangkok;

· 28 orang di PERHILITAN;

· 6 orang di Kedutaan Besar Amerika Syarikat Kuala Lumpur.

· 7 orang di Pusat Lapangan Danau Girang, dan Jabatan Hidupan Liar Sabah.

Sepanjang tahun 2021 sehingga tahun ini, seramai 31 orang warga SFC juga telah menerima anugerah peringkat kebesaran Negeri Sarawak daripada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Sudah menjadi adat, setiap pertemuan ada perpisahan, setiap permulaan ada penghujungnya. Saya dengan rendah diri mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama ini. Semoga segala usaha yang kita lakukan ini mendapat keredhaan daripada Allah SWT. Insyaallah.

Wabillahi taufik walhidayah Wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

Add Comment