PENGUMUMAN DARIPADA CONTROLER TAMAN NEGARA DAN RIZAB SEMULAJADI – TAMAN NEGARA MIRI SIBUTI CORAL REEF

2 MAC 2024

Adalah dimaklumkan bahawa walaupun keadaan laut semasa membolehkan aktiviti di laut di dalam kawasan Taman Negara Miri Sibuti Coral Reef namun pihak SFC ingin memaklumkan bahawa sebelum aktiviti laut yang akan dijalankan, pengunjung hendaklah memperolehi maklumat seperti ramalan dan amaran cuaca melalui laman web rasmi METMalaysia. Orang ramai juga diminta untuk sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh METMalaysia.

Keselamatan pengunjung ke Taman Negara adalah keutamaan pihak SFC. Makluman ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak sebarang kejadian atau kemalangan tidak diingini. Sila berhubung dengan Pengurus Taman di talian 019 4694690 bagi sebarang pertanyaan lanjut.

Add Comment